Acer Malaysia Serlahkan Potensi Sebenar Peminat Permainan Video Menerusi Rangkaian Peranti Baharu

Ringkasan Editor

Acer Aspire VX 15

Komputer riba untuk permainan video, Acer Aspire VX 15 menampilkan reka bentuk agresif, keupayaan penyejukan yang telah dipertingkatkan dan grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti

Acer KG251Q dan KG271

menawarkan kadar segar-semula 75Hz yang pertama di Malaysia dengan tempoh maklum balas sepantas 1ms

Acer Aspire GX781

Komputer meja dengan rekaan menarik, Acer Aspire GX781 direka untuk permainan video, tugasan dengan grafik padat dan penggunaan harian komputer yang lancar

PETALING JAYA, 23 Mac 2017 – Acer Malaysia hari ini menetapkan satu penanda aras dalam peranti permainan video menerusi komputer riba Acer Aspire VX 15 yang berorientasikan prestasi dengan sistem penyejukan kipas berkembar; siri monitor untuk permainan video dengan tempoh maklum balas pantas 1ms 75Hz yang pertama di Malaysia iaitu Acer KG251Q dan KG271; dan komputer meja Acer Aspire GX781 yang mampu menjalankan tugas grafik yang intensif, selain boleh digunakan untuk permainan video.

Pelancaran produk terbaharu dari pihak Acer Malaysia. Dar kiri Edmund Hoh, Pengurus Produk, Acer Malaysia, Johnson Seet, Pengarah Produk, Acer Malaysia, Jeffrey Lai, Pengurus Produk, Acer Malaysia

Pengarah Produk Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Johnson Seet berkata,

“Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Acer memang dikenali sebagai penyedia produk yang memiliki inovasi dan prestasi luar biasa. Rangkaian produk kami yang meluas direka untuk menambah baik aspek penggunaan, demi memenuhi keperluan sebenar pelanggan sama ada bagi tujuan kerja atau bermain. Ini termasuklah menginovasikan peranti-peranti untuk komuniti peminat permainan video.”

Pengarah Produk Acer Malaysia, Johnson Seet menyampaikan ucapan pembukaannya

Pengurus produk Acer Malaysia, Jeffrey Lai memperkenalkan Acer Aspire VX 15 dan Acer Aspire GX781 yang terbaharu

Pengurus produk Acer Malaysia, Edmund Hoh semasa pembentangan produk

Acer Aspire VX 15

Reka Bentuk Agresif dengan Sistem Penyejukan Kipas Berkembar

Komputer riba Acer Aspire VX15 tampil dengan kerangka dan papan kekunci bersama lampu warna merah yang agresif bagi memastikan pengguna dapat menekan butang yang betul ketika bermain, pada masa sama memberikan rasa dan rupa yang maskulin.
Ditawarkan pada harga yang menarik iaitu RM4,399.00, komputer riba permainan video ini bagaimanapun tidak berkompromi dari segi kuasanya. Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i7 HQ generasi ketujuh yang terkini, Aspire VX 15 menawarkan prestasi luar biasa dengan penggunaan bateri yang rendah. Komputer riba ini juga didatangkan dengan grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti yang paling ditunggu-tunggu bersama GDDR5 VRAM (menawarkan lebar jalur atau bandwidth sehingga 32GB/s). Kelajuan merupakan satu lagi aspek penting kepada sistem memori, jadi ia menawarkan memori sehingga 4GB DDR4 dan sedia untuk dinaik taraf ke tahap maksimum iaitu 32GB. Storan pula disediakan oleh 1TB HDD yang besar.

Sistem penyejukan kipas berkembar membolehkan semua ciri tersebut dapat berfungsi dengan senyap pada suhu yang optimal. Ini bagi memastikan mesin tersebut sentiasa dapat menyempurnakan tugasnya tanpa berkompromi dengan aspek permainan yang lancar. Pengalaman bermain permainan video ditingkatkan lagi dengan audio definisi tinggi melalui pembesar suara Acer TrueHarmony™, Dolby Audio™ Premium dan pengiktirafan Skype for Business bersama kejelasan visual skrin Full HD IPS bersaiz 15.6 inci.
Turut ditawarkan khas ke pasaran Malaysia ialah 200 unit Acer Aspire VX 15 yang akan disertakan bersama tetikus untuk permainan video edisi khas Steel Series Rival 100 (dengan barangan untuk permainan Dota 2 secara percuma) bernilai RM259.00 setiap satu.

Acer Aspire VX 15 boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara dan pasaran dalam talian utama mulai hari ini, termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Monitor Acer KG251Q dan KG271

Terokai Potensi Sebenar Permainan Video

Monitor untuk permainan video Acer KG1 Series iaitu KG251Q dan KG271 merupakan monitor pertama Acer yang hadir bersama kadar segar-semula 75Hz di Malaysia. Menyokong HDMI pada FreeSync, monitor itu boleh berfungsi dengan kad grafik yang menyokong FreeSync untuk mengelakkan skrin daripada koyak, selain meminimumkan masalah pendaman dan susulan. Digabungkan dengan teknologi Adaptive-Sync, pengguna akan menikmati pengalaman bermain permainan video dan memain semula video yang lancar.

Hadir dengan paparan resolusi Definisi Tinggi Penuh 1920 x 1080 bersaiz 24.5 dan 27 inci, monitor Acer KG251Q dan KG271 masing-masing menawarkan warna semula jadi dan kualiti yang tajam melalui panel TN serta nisbah kontras 100,000,000:1.
Monitor untuk permainan video ini membolehkan pengguna berada jauh di hadapan dengan tempoh maklum balas yang sangat pantas iaitu 1ms GTG (Gray to Gray) dan teknologi Black Boost. Tempoh 1ms yang ultra pantas itu membolehkan pemain mengenal pasti sasaran dengan sekali pandang melalui transisi yang sangat lancar tanpa wujudnya masalah bayang dan imej susulan. Teknologi Black Boost pula menawarkan perincian pada persekitaran yang lebih gelap. Hasilnya, pemain boleh mengalahkan lebih banyak musuh berbanding pemain lain dan akhirnya memenangi peperangan tersebut.

Lupakan tentang bingkai tebal pada monitor konvensional. Rekaan ZeroFrame™ pada Acer KG251Q dan KG271 kelihatan begitu kemas. Sekali gus membolehkan pengguna melihat perkara yang lebih penting iaitu skrin. Nikmati paparan imej yang menakjubkan dari semua posisi melalui sudut tontonan Acer yang luas sehingga 170 darjah. Tidak kira dari sudut mana sekali pun, monitor itu akan memaparkan warna yang sempurna. Monitor itu juga hadir dengan ciri yang mesra pengguna. Misalnya, kaki dengan tiga serampang berwarna hitam berkilat dan sokongan cagak VESA untuk menjimatkan ruang. Kedua-dua monitor juga didatangkan dengan kaki yang direka secara ergonomik bersama ubah suai pergerakan -5° hingga 15° bagi membolehkan pengguna mendapatkan posisi tontonan yang ideal.

Acer KG251Q dan KG271 juga dilengkapi ubah suai 6 paksi warna yang unik daripada R,G,B hingga C, M serta Y untuk membantu pengguna profesional mendapatkan warna yang mereka mahukan. Teknologi Acer VisionCare™ mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti Flicker-less, Blue Light Filter, ComfyView dan Low Dimming untuk mengurangkan keletihan pada mata. Ia juga memberikan pengalaman menatap skrin yang lebih selesa untuk pengguna dalam tempoh lama selain pemain permainan video seperti pengatur cara, penulis dan pereka grafik.

Acer KG251Q ditawarkan pada harga RM659.00 dan boleh didapati dari penjual Acer yang sah dan terpilih di seluruh negara. Sementara Acer KG271 pula berharga RM899.00 dan bakal berada di pasaran pada penghujung April 2017.

Acer Aspire GX781

Permainan Video yang Berkuasa dan Perkomputeran Premium Penuh Gaya

Komputer meja Acer Aspire GX781 dilengkapi pemproses Intel® CoreTM Generasi ke-7, DDR4 RAM sehingga 8GB dan grafik sehingga NVIDIA® GeForce® GTX 1050 untuk menyempurnakan tugasan dengan grafik yang intensif serta bermain permainan komputer dalam cara terbaik. Komputer meja ini mampu menawarkan resolusi visual luar biasa yang mencecah 4K2K dan menyokong sehingga empat paparan pada satu-satu masa. Ini bagi menawarkan pengalaman bermain permainan video yang mengasyikkan serta melakukan multi tugasan.

Komputer meja dengan rekaan menarik ini direka untuk melaksanakan tugasan melibatkan grafik yang intensif, perkomputeran harian dan permainan video yang agak berkuasa. Dengan storan mencecah 1TB HDD dan 128GB SSD, menyimpan fail beresolusi tinggi memang tiada masalah. Bukan itu sahaja, GX781 juga hadir bersama reka bentuk menarik yang menampilkan kerangka seperti perisai dan lampu LED berwarna merah pada bahagian hadapannya.

Aspire GX781 ditawarkan pada harga RM4,399.00 dan boleh didapati dari semua penjual sah Acer di seluruh negara. Pelanggan yang membeli Aspire GX781 juga akan menikmati Jaminan di lokasi selama 3 tahun.

Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian

1800-88-1288

(9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

This page has been viewed 89 times.