Bayaran balik PTPTN kini lebih mudah

Dalam usaha memudahkan bayaran balik pinjaman, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan kemudahan permohonan direct debit secara online sebagai saluran bayaran balik pinjaman PTPTN.

Saluran ini adalah tambahan kepada saluran bayaran balik pinjaman sedia ada seperti perbankan internet, potongan gaji, FPX, MyPay dan JomPay.

Menurut PTPTN, inisiatif ini bukan sahaja mampu mempercepatkan proses bayaran balik pinjaman, malah ia juga lebih selamat berbanding membuat bayaran balik secara fizikal.

Kemudahan direct debit ini sebenarnya telah lama dilaksanakan sejak 2 November 2016 melalui kerjasama dengan MyClear dan Bank Islam.

Sebelum ini, peminjam perlu memohon direct debit secara manual dengan mengisi borang fizikal di kaunter PTPTN, namun wujudnya kerumitan apabila permohonan peminjam ditolak akibat kesilapan melengkapkan borang atau tandatangan yang berbeza.

Maka, untuk menyelesaikan masalah tersebut, langkah proaktif telah diambil PTPTN untuk memperkenalkan permohonan direct debit secara online yang boleh diproses dalam masa tiga hari bekerja.

Selain bayaran balik pinjaman, PTPTN juga menjelaskan bahawa kemudahan direct debit merupakan satu saluran baharu untuk penambahan deposit bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Kelebihan direct debit

Peminjam yang memilih saluran direct debit untuk membayar balik pinjaman PTPTN layak menikmati diskaun sebanyak 10%.

Peminjam juga dapat memastikan bayaran balik pinjaman mereka dibuat secara konsisten dan sekali gus membantu mengelakkan peminjam daripada dikenakan tindakan undang-undang dan memastikan rekod peminjam bersih dan baik dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Direct debit juga merupakan alternatif terbaik kepada peminjam yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN setiap bulan sekiranya mereka tidak berhasrat untuk memilih saluran potongan gaji.

Langkah permohonan kemudahan direct debit

Untuk membuat permohonan bagi kemudahan direct debit, kunjungi portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. Seterusnya, klik pada bahagian ‘permohonan direct debit’ di bawah ruangan ‘perkhidmatan atas talian’.

Permohonan hanya perlu dibuat untuk sekali sahaja. Selepas permohonan tersebut diproses, bayaran bulanan akan diuruskan melalui kerjasama di antara pihak PTPTN dan pihak bank yang dipilih.

Proses permohonan ini juga adalah percuma.

Pastikan bahawa status akaun bank yang dipegang adalah aktif. Pemohon juga perlu pastikan bahawa jumlah potongan wang bagi bayaran balik pinjaman adalah sama atau melebihi jadual ansuran bulanan yang telah ditetapkan pihak PTPTN.

Kemudahan direct debit ini tersedia dalam bank-bank yang tersenarai dibawah:

Bank Tempatan

Bank Antarabangsa

Sekiranya peminjam menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar balik pinjaman PTPTN berdasarkan jadual ansuran bulanan yang ditetapkan pihak PTPTN, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN, 03-2193 3000 untuk membuat rundingan serta penstrukturan semula pinjaman PTPTN berdasarkan kemampuan kewangan peminjam.

Untuk maklumat lanjut

orang ramai boleh hubungi talian Careline PTPTN
03-2193 3000
atau layari laman web rasmi PTPTN

Visit Now
This page has been viewed 4,030 times.